083 – Berkasih Sayang Dan Bersabahat Dengan Yahudi?

Berkasih Sayang Dan Bersabahat Dengan Yahudi?

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Ketauhilah Wahai Pengekor (Pentaksub) Hasan al-Banna, bahawa Hasan al-Banna pernah menyatakan:

“Dan saya menegaskan bahawa perselisihan kita dengan Yahudi bukanlah perselisihan agama, kerana al-Qur’an menjelaskan adanya hubungan kasih dan persahabatan dengan mereka. Syari’at Islam itu adalah syari’at kemanusiaan, sebelum dia sebagai kebangsaan (nasionalis). Dan al-Qur’an pula telah memuji (kaum Yahudi) dan telah menjadikan adanya bentuk kesamaan antara kita dengan mereka.” (al-Ikhwan al-Muslimun Ahdatsun Shana’at at-Tarikh, 1/409. Hasan al-Banna Mawaqifu fid Dakwah wat Tarbiyah, m/s. 488, karya ‘Abbas as-Sisiy. Lihat juga: Kitab al-Mauridul ‘Adzbuz Zallal, m/s. 163-164, karya Ahmad Yahya an-Najmi)

Pernyataan yang senada juga telah diucapkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

“… Kami tidak memerangi Yahudi kerana alas an aqidah, namun kami memerangi Yahudi kerana alas an tanah…” (Dimuatkan di dalam Harian ar-Rayah, no. 4696, 24/8/1415H (25/1/1995M). Rujuk juga: Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wada’iy rahimahullah, kitab Raad ‘alal Qardhawi, m/s. 17, Cet: Daarul Atsar, Shona’a-Yaman.)

Sungguh mengecewakan dan mendukacitakan kita, apabila seorang tokoh yang dianggap besar yang selalu dibangga-banggakan, dan selalu disebut-disebut namanya dengan gelaran asy-Syahid oleh para pengikut-pengikutnya, bahkan kerap juga digelar dengan gelaran al-Mujaddid (tokoh pembaharu Islam), atau seorang Alim Rabbani, sanggup menyatakan pernyataan seperti demikian, yang sungguh mengerikan dan sangat-sangat bertentangan dengan hati nurani setiap muslim, lebih dari itu telah jelas-jelas menyelisihi al-Qur’an dan as-Sunnah. Sedangkan al-Qur’an telah lama menyatakan,

“Dan orang-orang Yahudi dan Nashara tidak akan redha kepada mu sehingga kamu mengikuti agama mereka.” (Surah al-Baqarah, 2: 120)

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (Surah al-Ma’idah, 5: 82)

Rujukan:

Dipetik dari sebuah buku berjudul “Mereka Adalah Teroris”, m/s. 216, terbitan Pustaka Qaulan Sadida oleh Ustaz Luqman Muhammad Ba’aduh, yang ditulis sebagai bantahan terhadap buku “Aku Melawan Teroris” oleh Imam Samudra.