Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya):
Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah,
29 – Perang dilakukan bersama para pemimpin sama ada yang baik atau pun yang sebaliknya, terus berlangsung sehingga ke hari kiamat, tidak boleh ditinggalkan. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, prinsip 29 & 32)
Penjelasan/Syarah:
Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:
“Ketahuilah bahawa jihad itu terbahagi kepada dua jenis,
Pertama: Fardhu ‘ain. Iaitu jihad melawan musuh yang menyerang sebahagian negeri-negeri umat Islam, seperti musuh yang terdiri daripada kaum Yahudi pada zaman sekarang ini yang begitu aktif menjajah tanah Palestin. Maka seluruh umat Islam (di negeri tersebut) berdosa sehinggalah mereka mengeluarkan orang-orang yahudi darinya.
Kedua: Fardhu kifayah, apabila sebahagian (umat Islam) telah melaksanakannya maka kewajiban menjadi gugur ke atas yang lainnya. Iaitu jihad di dalam menyebarluaskan dakwah islamiyah ke seluruh tempat sehinggalah (hukum) Islam berdiri dengan baiknya. Maka barangsiapa dari penduduk negeri yang tersebut yang menerima (dakwah Islam) maka biarkanlah ia bebas. Dan barangsiapa yang menghalang-halangi jalan dakwah maka ia diperangi sehingga kalimat Allah menjadi tinggi. Jihad seperti ini terus berlangsung sehingga ke ke hari kiamat, apatah lagi jihad di bahagian yang pertama. Namun sayangnya sebagian para penulis (muslim) zaman sekarang mengingkarinya, dan tidak cukup dengan demikian, sehinggakan mereka sanggup mengingkari bahawa jihad tidak termasuk sebagai keistimewaan-keistimewaan di dalam agama Islam. Yang demikian itu tiada lain disebabkan lemahnya mereka untuk melaksanakan jihad yang fardhu ‘ain. Sesungguhnya benarlah bahawa Rasulullah telah bersabda bahawa:
“Apabila kamu melakukan jual beli secara ‘inah (yang mengandungi unsur riba), (lalai kerana) berternak, dan bercucuk tanam serta meninggalkan jihad fii sabiilillah, niscaya Allah akan menimpakan kepada kamu kehinaan yang tidak akan dicabutnya, sehinggalah kamu kembali kepada ajaran agama kamu (yang sebenarnya).” {Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud (lihat ash-Shahihah, 11). Rujuk juga Syarah Aqidah ath-Thahawiyah, hal. 387, kerana persoalan ini sangat penting)
Dinukil dan disunting dari:
Kitab Ushulus Sunnah, oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq/Syarah Walid bin Muhammad Nubaih, m/s. 105-107. (Edisi Terjemahan: Terbitan Pustaka Darul Ilmi, Mac 2008M)