http://bahaya-syirik.blogspot.com/
Penggunaan ayat/perkataan seperti ini sangat-sangat menimbulkan kekeliruan, keraguan, pertikaian, dan mungkin harus dibantah (diberi pencerahan) sekaligus diperbaiki di masa-masa akan datang:
““Di dalam Taurat, Tuhan menyebut melalui firman-Nya yang bermaksud: “Hai manusia, usahlah kamu lepas peluang supaya kamu berdiri di hadapan-Ku dalam keadaan solat sambil menitiskan air mata, kerana Akulah Allah yang boleh mendekati hatimu dan melalui ghaiblah kamu boleh melihat nur rahsia-Ku.”
Sebab itulah apabila seseorang solat dengan linangan air mata pada hakikatnya terasa “futuh” iaitu terbuka hati (perasaan luar biasa), pilu, dan hiba serta sedih oleh sebab terlalu rapatnya Allah SWT pada sanubari….” (Lihat: Akhbar Harakah, Edisi 1-16 Jun 2008, Kolum Fikrah, Ilmu, m/s. 7)
Dari itu, di manakah kewajarannya (sandaran/saranannya) mendakwahi dan mengajak manusia kepada kebenaran dengan menggunakan Taurat, yang rujukannya begitu diragui? Apakah tidak cukup al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih sebagai sumber?
“Al-Quran itu adalah kebenaran dari Rabbmu, agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan sebelum kamu; mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.” (as-Sajdah, 32: 3)
“Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (al-Ma’idah, 5: 3)
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (an-Nisaa’, 4: 59)
Apakah rujukan penulis dalam mengambil isi kandungan Taurat tersebut? Sungguh mencurigakan, terutamanya apabila ia dinukil tanpa menyatakan sumber/rujukannya dari mana dia menukil.
Apa Kata hadis?
Dari Jabir bin Abdullah radhiyallahu ‘anhu:
(sambil menunjukkan kepada baginda)
Jawab baginda (Shallallahu ‘alaihi was sallam): “Apakah engkau juga termasuk orang yang bingung sebagaimana bingungnya kaum yahudi dan kristian?”
“Sebenarnya aku telah datang kepada kamu semua dengan membawa agama yang putih bersih. Ingatlah! Sekiranya Musa masih hidup (ketika aku diutuskan menjadi Nabi dan Rasul), tidak ada ruang langsung (untuk beliau mengikut syari’at) selain menjadi pengikutku (menurut syariatku)”.” (Dihasankan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Muqadimah Kitab Hidayat al-Ruwah, jld. 1, ms. 136)
Maksudnya:“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi was sallam amat marah ketika baginda telah melihat terdapat beberapa helaian daripada isi kandungan Taurat yang ditulis berada di tangan Umar bin al-Khattab. Lantas baginda bersabda: Adakah kamu sekarang sudah meragui (apa yang aku bawa) wahai Ibn al-Khattab? Bukankah aku didatangkan kepada kamu semua untuk membawa agama yang suci bersih? Ketahuilah, Sekiranya saudaraku Musa masih hidup (ketika aku diutuskan menjadi Nabi dan Rasul), tidak ada ruang langsung (untuk beliau mengikut syariat) selain menjadi pengikutku (menurut syariatku).” (Disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil (1589))
1 Comment
Ketika kamu solat, pd masa yg sama kamu masih mdgr ank2 bmain di blkg mu, masih mdgr deruman injin di luar masjid, masih terasa letih dn mengantuk ats tekanan kerja, berasa sakit ats ksihatan yg tgangu, masih bmain di fikiran tentang soal2 luar, mkn minum dn sbgainya.. selagi itula kamu tk menemui solat yg sbnarnya. tk mnemui rahsia solat yg mana mgapa ia terlalu pnting di tuntut, di arah oleh Allah dn rasullnya. Solat ini bkn 1 istiadat pyembahan siapa myembah dn disembah.. jika ianya 1 istiadat maka samala ia dgn adat2 agama lain. Oleh itu kupasla ia cari la solat sampai jumpa. supaya ia tdk sama dgn agama lain.. agama lain mgukir patung dn bhala dgn batu.. Islam mgukir dn mbina kaabah juga dgn susunan2 batu.. tiada bezanya. agama lain mgatakn bhala2 dn patung2 itu hanya simbul bkn itu yg disembah.. bgitu juga dgn Islam hanya simbul atau arah yg dpanggil Rumah Allah.. Adakah kita myembah nama atau huruf2? alif lam lam ha.. hanya huruf2 mana tuan bdn punya huruf? "Maka celakalah mereka2 yg lalai dlm solatnya dimana di dlm solatnya memikir dn mdgr pkara2 lain" neraka Wil la dihumban. Utk itu carila kupasla kitab2 lama nukilan Sheh Fadil banten (mufti johor),kiyai Salleh (batu pahat), to` Ku Pulau Manis, To` Ku Paloh, To` Kenali dn org2 yg tlah merasai dn mjumpainya akn solat ini. Org2 yg tdahulu. hanya org yg mnemui shaja yg dpt mhuraiknnya. Biarla Allah mnerima sgala amalan kita kerna kasihnya Allah pd kita bkn kerna kasihan, belas Ikhsan ats tlalu byk beramal. Didlm kitab Hikam mnyatakn jgn myukat keimanan kamu dgn byknya Amal..Jika kamu mnemuinya barula kamu tahu btapa agungnya nikmat allah, ilmu allah tiada btasan, mliputi sgalanya.. slagi kamu tk mnemuinya kamu tk akan faham dn jgnla membuat ksimpulan ats fikiran kamu yg tbatas.. Beruntungla mreka2 yg diberi Ingat, ptnjuk dn mahu bfikir.. Carila org2 yg Tahu.