Ikhwanul Muslimin dan bagaimanakah fikrah para tokoh-tokohnya yang sebenar.
Pelbagai tulisan dari para ulama telah dihasilkan dan disebarkan bagi menerangkan kepada umat bahawa Ikhwanul Muslimin adalah sebuah pertubuhan yang di atas namakan dengan perjuangan Islam tersebut sebenarnya adalah sebuah pertubuhan/kumpulan yang mana pemikiran-pemikiran yang terhasil dari kalangan tokoh-tokoh utama mereka sebenarnya amat membahayakan dan menyimpang dari hakikat Islam yang sebenar.
Perjuangan Ikhwanul Muslimin suatu ketika dahulu amat gah dan cukup dikenali oleh sebahagian besar umat Islam. Namun, hakikatnya, matlamat, usaha perjuangan dan nama bukanlah suatu fakta yang haq untuk menyatakan bahawa mereka dari kelompok yang benar jika jelas ia menyanggahi kebenaran. Kita sebagai umat Islam dari kelompok Ahlus Sunnah yang bersikap adil, makanya sama-sama kita nilaikannya berdasarkan hujjah dan dalil yang tepat berdasarkan kefahaman para ulamanya umat, terutama berdasarkan kefahaman para ulama dari golongan generasi awal di atas manhaj al-Qur’an dan Sunnah yang tepat. Lalu, tidak sewajarnya kita cepat melenting dan melatah.
Makanya, dengan ini, kemungkaran dan penyelewengan mereka (Ikhwanul Muslimin) terhadap agama akan terus didedahkan kepada umum, agar kita semua menjadi celik dan segera menjauhi peyimpangan-penyimpangan pemikiran mereka yang berbahaya kepada aqidah dan kesatuan umat Islam masa ini.
Sayyid Qutub Secara Ringkas
Dilahirkan di Mesir, sebuah perkampungan bernama Musha, pada 8 Oktober 1906. Dan mendapat pendidikan awal di perkampungan yang sama. Memiliki kelayakan sebagai tenaga pengajar dalam bahasa Arab dan ijazah dalam bidang Seni dan falsafah. Terkenal sebagai penulis dan pejuang pertubuhan/gerakan Ikhwanul Muslimin. Hasil karyanya yang cukup terkenal adalah Fi Dzilalil Qur’an dan Ma’alim Fi at-Thariq. Pernah bertugas sebagai tenaga pengajar. Pernah mendapat pendidikan di barat selama beberapa tahun dan beberapa tempat yang lain, termasuk di Colorado State College of Education (sekarang dikenali sebagai University of Northern Colorado). Menyertai pertubuhan/gerakan Ikhwanul Muslimin pada sekitar tahun 1950 dan menjadi seorang penulis dan pemikir. Sekaligus merupakan seorang tokoh utama dalam gerakan tersebut.
Manhaj Qutubiyah
Qutubiyah atau Qutubi adalah suatu fahaman yang dinasabkan kepada Sayyid Qutub rahimahullah. Atau para pengikut Sayyid Qutub yang fanatik dan ghalu (ta’asub) kepadanya. Meraka (Qutubiyah) adalah berakar umbi dari pemikiran yang dibina oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin atau sesiapa yang lahir dari hasil pemikiran Sayyid Qutub (semoga Allah mengampunkan segala kesilapannya).
Syahid
Sayyid Qutub dan Hasan al-Banna dianggap sebagai mati syahid oleh para pengikutnya dan mereka menyangka: “Bahawa beliau (Hasan al-Banna) hidup di sisi Rabb-nya dan mendapat rezeki di sana” (Lihat: al-Maurid al-‘Adab az-Zulal, Hlm. 228, oleh Sheikh Ahmad Yahya an-Najmi) sedangkan (menurut para ulama Salaf as-Soleh) tidak boleh memutuskan/menetapkan seseorang sebagai syahid kecuali dalam bentuk umum (Lihat: Fathul Bari 6/90, Ibn Hajar) atau menurut apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya iaitu terbunuh di medan perang fisabilillah.
Di dalam hadis Bukhari ada dijelaskan:
“Tidak boleh mengatakan Si Fulan syahid”. (Lihat: (1). Sahih Bukhari (Syahadah, 2687) (2). Lihat: Syiar A’lam an-Nubala, 159-160)
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah apabila mensyarahkan hadis riwayat Bukhari di atas bahawa:
“Tidak boleh memastikan seseorang syahid kecuali melalui penentuan wahyu”.
Menghina Penampilan Ulama
Sayyid Qutub yang digelar ulama dan syahid oleh pendukung Ikhwanul Muslimin, semasa hidupnya gemar mengejek cara pakaian ulama yang diistilahkan oleh beliau sebagai orang rohaniawan, pakaian rohaniawan, pemikiran rohaniawan atau budaya rohaniawan. Sayyid Qutub lebih senang menampilkan gaya luarannya dengan penampilan Eropah seperti mencukur janggut, memakai topi dan lebih kerap memakai pakaian ala barat. Dia juga menyatakan terhadap ulama dengan berkata:
“Sebahagian syubhat yang muncul, ia dimunculkan oleh pemikiran agama dari orang yang digelar saat ini sebagai rohaniawan. Iaitu syubhat yang merosak Islam dan strukturnya sehingga ke dalam jiwanya. Mereka (rohaniawan) merupakan makhluk yang paling mustahil untuk diterapkan pemikirannya dan mustahil diikuti buah fikirannya, sama ada dari segi budaya atau perilakunya, bahkan pakaian dan tindak-tanduknya disebabkan kebodohannya terhadap realiti agama dan warisan penjajah”. (Lihat: معركة الاسلام والرأسمالية hlm. 63. Sayyid Qutub)
Sayyid Qutub melahirkan lagi sindirannya terhadap ulama:
“Kebodohan yang lahir dari kebudayaan Islam tidak akan memberi tasawwur (gambaran) Islam yang teguh, kerana mereka mengetahui dari orang-orang yang mereka kenali sebagai para rohaniawan. Inilah kenyataan tentang Islam yang paling buruk yang digambarkan oleh agama-agama yang lainnya”. (Lihat: معركة الاسلام والرأسمالية hlm. 63. Sayyid Qutub)
Pengikut Pemikiran Sayyid Qutub (Qutubiyun)
Berkata Syeikh Abdussalam bin Salim bin Raja as-Suhaimi:
“Qutubiyun adalah mereka yang satu kaum membaca (mempelajari) tulisan-tulisan Sayyid Qutub, mengambil dan meyakini sebagai kebenaran mutlak apa sahaja yang terdapat di dalam tulisan-tulisan tersebut sama ada yang hak (benar) atau yang batil (merosakkan)”. (Yang paling keji dan membahayakan ke atas orang-orang Islam ialah menghidupkan pemikiran (fahaman) Khawarij iaitu takfiri (pengkafiran) dan teori “Tauhid Hakimiyah”)
Menurut Syeikh Abdussalam lagi: Didapati para pentaqlid dan pendukung Sayyid Qutub sangat berlebih-lebihan apabila mempertahankan Sayyid Qutub. Jika mereka dapati ada seseorang yang menegur kesilapannya, sekalipun teguran tersebut benar, maka mereka akan mengeluarkan pelbagai alasan. Syeikh Abdussalam menjelaskan:
“Sudah dimaklumi bahawa Sayyid Qutub bukanlah seorang yang menguasai ilmu agama. Dia hanyalah seorang penulis (sasterawan) berpegang dengan mazhab Asy’ari. Terdapat banyak kesalahan yang keterlaluan dan keji di dalam tulisannya, malangnya apabila Sayyid Qutub diberi teguran (oleh para ulama), para pendokong Qutubiyah bangun membantah dengan kata-kata yang keji”. (Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan. Hlm. 98. Raja as-Suhaimi)
Antara fatwa dari Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah diakhir hayatnya:
“Sayyid Qutub tidak mengetahui tentang Islam, sama ada secara usulnya (ilmu-ilmu dasarnya) atau ilmu-ilmu furu’. Maka saya berterima kasih kepada al-akh (Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali) kerana menunaikan kewajipannya dengan menjelaskan dan menyingkap kejahilan dan penyimpangan (akidah Sayyid Qutub) dari Islam”. (Lihat: Ta’liq (komentar) Syeikh al-Albani terhadap kitab (al-Awasim Mimma fi Kutubi Syaid Qutub Minal Qawasim) tulisan Rabi’ bin Hadi)
Ingatlah apa yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah bahawa ghulu itu: “Berlebih-lebihan dalam memberi pujian, sanjungan dan lainnya”. (Lihat: Syarah Kasyfus Syubuhat Fii Tauhid. Hlm. 7. Muhammad bin Soleh al-Utaimin) Sikap keji ini telah berlaku di kalangan pendukung tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sehingga ke taraf melatah dan melalut.
Aqidah Yang Menyeleweng
Terdapat sebahagian pihak yang mendakwa bahawa mereka yang menjelaskan bahaya pemikiran Sayyid Qutb ini sebagai pelampau dan extreme. Apakah Syeikh al-Albani juga pelampau kerana menjelaskan akidah Sayyid Qutub? Fahamilah apa yang telah ditulis oleh Sayyid Qutub yang berkaitan dengan akidah:
“Berkenaan hal “Istiwa” Allah di atas ‘Arasy, maka hendaklah kita mengatakan bahawasanya istiwa ertinya: Penguasaan (Berkuasa, Memerintah) Allah atas makhluk-Nya”. (Lihat: fi Zilalul Quran 4/2328 atau 4/3804)
Imam az-Zahabi, imam Ibn Taimiyah, imam Ibn Qaiyim, imam Ibn Kathir, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan ramai lagi para ulama Salaf termasuk Syeikh Ibn Bazz dan Muhammad Nashiruddin al-Albani dengan tegasnya telah menolak dan membantah cara takwil atau penafsiran yang dilakukan oleh Sayyid Qutub kerana mengingkari Allah beristiwa’ di ‘Arasy.
Syeikh Abdul Aziz bin Bazz dengan ketegasannya membantah:
“Perkataan ini adalah perkataan yang fasid. Maksud dari kalimah “Penguasaan/Berkuasa/Memerintah” di sini adalah mengingkari istiwanya (Allah di ‘Arasy) yang maknanya telah jelas iaitu tinggi di atas ‘Arasy. Apa yang dikatakan oleh beliau (Sayyid Qutub) adalah batil dan ini membuktikan bahawa dia miskin dalam ilmu tafsir”. (Perkataan ini termuat dalam keset rakaman Ibn Bazz tahun 1413)
Menurut Sayyid Quthb al-Qur’an Itu Makhluk
Sayyid Qutub rahimahullah dalam tafsirnya Fii-Zilalil Quran telah menulis: “al-Quran adalah suatu yang zahir, kauniyah (fenomena yang bersifat alami iaitu sama seperti makhluk) sebagaimana bumi dan langit”. (Lihat: Fii Zilalil Quran. 4/2328) Tafsir Sayyid Qutub ini membawa maksud “al-Quran itu Makhluk, bukan Kalamullah”. Ini adalah akidah Jahmiyah. Imam Abdullah berkata: Aku mendengar bapa ku berkata: Sesiapa yang mengatakan lafazku terhadap al-Quran itu makhluk maka itu adalah ucapan yang buruk dan kotor, itu adalah perkataan Jahmiyah”. (Lihat: السنة 1/165)
Sayyid Qutub mentahrif dan mentakwil nas-nas al-Quran sehingga diertikan al-Quran itu makhluk bukan Kalamullah.
Beliau berkata: “Dan sesungguhnya mereka (manusia) itu tidak akan berdaya mengarang satu huruf pun yang menyerupai al-Kitab ini, kerana sesungguhnya ia adalah salah satu dari ciptaan Allah”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 5/2719)
وَهَذا الحرف (ص) من صنعة الله تعالى
“Dan huruf ini (Shaad) adalah salah satu ciptaan Allah Ta’ala”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 5/3006)
Sayyid Qutub meyakini al-Quran adalah “صنع الله” ciptaan Allah (makhluk), bukan Kalamullah. Keyakinan ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Sayyid Qutub rahimahullah dalam tafsirnya lagi, fi-Zilalil al-Quran telah menulis:
القرآن ظاهرة كونية كالارض والسماوات
Gaya penafsiran ayat di atas ini jika disengajakan, ia membuktikan bahawa Sayyid Qutub telah membuat kesilapan besar di segi akidah (mudah-mudahan ia kesilapan yang tidak disengajakan atau kesalah-fahaman orang awam terhadap uslub sastera beliau yang tinggi), kerana kata-kata “Sebagaimana bumi dan langit” ia menyerupakan al-Quran sebagaimana makhluk yang lainnya, sedangkan al-Quraan adalah Kalamullah bukan makhluk yang sama sekali tidak boleh disama atau disekufukan dengan makhluk. Malah tafsir Sayyid Qutub di atas ini benar-benar membawa maksud “al-Quran itu Makhluk, bukan Kalamullah”. Ini adalah akidah Jahmiyah dan akidah mereka yang sealiran dengan kelompok yang sesat, sebagaimana yang telah dijelaskan tentang sesatnya akidah serupa ini oleh Imam Abdullah rahimahullah:
قَالَ اْلاِمَامُ عَبْدُ الله : سَمِعْتُ اَبِيْ يَقُوْلُ : مَنْ قَالَ لَفْظِي بِالْقُرْآنِ مُخْلُوْق ، وَهُوَ كَلاَمٌ سُوْءٌ رَدِيءٌ ، وَهُوَ كَلاَمُ الْجَهْمِيَّة
Berkata Imam Abu Ja’far at-Tahawi rahimahullah: “Bahawasanya al-Quran itu adalah Kalamullah (firman Allah)”. (Lihat: Syarah Akidah Thahawiyah, 1/172)
Berkata Imam Ibnu Abi al-Izz al-Hanbali: “Maka (sepakat) seluruhnya para imam mazhab yang empat dan orang-orang Salaf dan Khalaf, mereka bersepakat bahawasanya al-Quran adalah kalamullah bukan makhluk”. (Lihat: Syarah Akidah Tahawiyah, 1/185)
I’tiqad Wahdatul Wujud (Kesatuan Wujud Allah Bersama Makhluk)
Sayyid Qutub telah menerapkan fahaman wahdatul wujud melalui kitab tafsirnya. Beliau berkata apabila menafsirkan ayat: “Sesungguhnya ayat: (Katakanlah bahawa Allah itu Esa!): Sesungguhnya ia menjelaskan kesatuan zat (وحدة الوجود). Maka tidak ada hakikat zat kecuali hakikat zat-Nya. Dan tidak ada sesuatu zat yang sebenarnya kecuali zat-Nya. Sedangkan segala sesuatu (zat) yang lain wujudnya tersimpul dari (zat)-Nya yang sebenarnya”. (Fii Zilalil Quran, 6/4002)
Begitu juga dengan kitab Turkh Hasan Al-Banna Wa-Ahammul Warisin. Di dalam kitab ini Syeikh Ayyad asy-Syamari telah mendedahkan kekejaman, keganasan dan kemungkaran gerakan
Ikhwanul Muslimin serta disingkap segala rancangan jahat dan konspirasi mereka untuk menjatuhkan pemimpin Islam. Disingkap dan didedahkan juga pergerakan dakwah di dalam Ikhwanul Muslimin terutamanya yang dipemimpin oleh Sayyid Qutub, Hasan al-Banna, Umar at-Tilmisani dan yang lainnya.
Terlalu banyak buku-buku yang telah mendedahkan kemungkaran gerakan Ikhwanul Muslimin dan sikap para pemimpin mereka yang keji dan mungkar, sama ada dalam pertimbangan syara atau neraca akal yang rasional.
Perkataan Sayyid Qutub Terhadap Uthman r.a.
Sayyid Qutub berkata tentang Khalifah Uthman: “Dia (Khalifah Uthman) mengurus urusan-urusan yang banyak menyimpang dari Islam”. (Lihat: al-‘Adalahtul Ijtimaiyah fil Islam. Hlm. 214)
Dalam kitab العواصم من القواصم oleh Abi Bakr Ibnu al-Arabi, dari hlm. 217 hingga ke hlm. 234, menggambarkan penghinaan Sayyid Qutub yang keterlaluan terhadap Khalifah Uthman: “Kami lebih condong kepada sistem kekhalifahan Ali radiallahu ‘anhu sebagai mengambil alih secara tabi’i dua Khalifah sebelumnya”.
Keyakinan ini diklasifikasikan sebagai keyakinan berbaur elemen ideologi Syiah. Namun Sayyid Qutub tidak boleh dihukum kafir di atas beberapa kesilapannya. Selain mencela Uthman, maka antara kesalahan Sayyid Qutub ialah mengkafirkan umat melalui kata-katanya: “Pada hari ini tidak terdapat di permukaan bumi sebuah negara Islam, tidak pula sebuah masyarakat Islam”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 4/2122)
“Telah murtad manusia kepada penyembahan hamba (makhluk) dan merosakkan agama serta keluar dari Laa Ilaha Illallah, sekalipun sebahagian dari mereka masih mengumandangkan dengan mengulang-ulangi pada azan kalimah (Laa Ilaha Illallah)”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 11/1057)
Inilah bentuk takfir terhadap orang Islam yang di luar kelompok Ikhwanul Muslimin.
Tauhid Hakimiyah Dan Takfir
Sayyid Qutub rahimahullah, selain mewariskan fahaman Qutubiyah Khawarijiyah dan Tauhid Hakimiyah Takfiriyah, beliau juga melahirkan ramai para pengikut/pendukung yang fanatik kepadanya di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Gerakan dan fahaman Qutubiyah yang tersemai di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan diterima pakai oleh tokoh-tokohnya telah berjaya menarik minat ramai masyarakat meniru perjuangan mereka.
Lihatlah antara apa yang difatwakan oleh Sayyid Qutub:
كانوا العرب يعرفون من لغتهم معنى : إله ومعنى لا اله إلا الله ، كانو ايعرفون : أن الألوهية تعني الحاكمية
hakimiyah”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 11/1492)
والذين لا يفردون الله بالحاكمية فى أي زمان ، فى أي مكان هم مشركون
Hakimiyah (hukum) di zaman apapun, di mana pun mereka, maka mereka itu adalah orang-orang musyrik”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 11/1492)
Perjuangan Khawarij yang diteruskan oleh Ikhwanul Muslimin sangat menitik-beratkan cara-cara menjatuhkan penguasa yang telah mereka hukum sebagai kafir, syirik atau zalim. Mereka menilai ke-Islaman seseorang atau pemerintah hanya pada perlaksanaan hukum terutamanya hudud bukan pada nilai akidah mereka. Pemahaman seperti ini adalah mungkar kerana ia diwarisi dari sikap Zul Khuwaisirah yang menentang Rasululullah yang dituduh tidak berlaku adil. Buah fahaman yang dipetik dari benih yang ditanam oleh Khawarij yang menentang Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam ini adalah bertentangan dengan pemahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh dalam mensikapi pemerintah dan orang-orang Islam. (Fahaman seperti ini dikenali sebagai Fahaman “Tauhid Hakmiyah”, Sila rujuk link ini untuk pejelasan lebih lanjut berkenaan Tauhid Hakimiyah: http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/07/isu-11-tauhid-hakimiyah-punca.html)
Sayyid Qutub melalui pelbagai tulisannya telah mengheret ramai umat kepada berbagai bid’ah pemikiran, teori, persepsi dan andaian. Bid’ah-bid’ah ini tercipta melalui penafsiran beliau yang dihanyutkan oleh rakyunya (pendapatnya) sehingga membawa kepada kesesatan akidah selain bid’ah ibadah, akhlak, sosial, siyasah dan iedologi songsang.
Berpunca dan juga kesan dari pelbagai bentuk pemikiran Sayyid Qutub yang bid’ah, ia telah melahirkan fahaman yang rosak dan perpecahan yang begitu banyak di kalangan umat Islam seperti melahirkan Jamaah Takfir wal-Hijrah, Jamaah Jihadiyah, JI, DII, Hizbut Tahrir dan berbagai-bagai hizb yang lainnya.
Antara teori-teori bid’ah yang terkandung di dalam tulisan-tulisan Sayyid Qutub seperti di dalam Ma’alim fii at-Tariq (Buku yang berunsur pengkafiran (takfiriyah) ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan judul “Petunjuk Sepanjang Jalan”) dan fii Dzilalil Qur’an ialah fahaman takfir (pengkafiran) dan penghinaan terhadap umat Islam sekarang ini dengan tuduhan sebagai masyarakat jahiliyah. Sebagai bukti Sayyid Qutub telah berkata:
“Masyarakat yang mengaku sebagai masyarakat Islam (sekarang ini) telah termasuk ke dalam kategori masyarakat jahiliyah. Mereka dianggap sebagai jahiliyah bukan kerana berkeyakinan tentang anggapannya ada ketuhanan seseorang selain Allah dan bukan kerana mereka mengutamakan syiar-syiar pengibadatan kepada selain Allah….. tetapi mereka masih memberikan keutamaan yang sangat utama dari sifat ketuhanan kepada selain Allah iaitu mereka masih beragama dengan berhukum dengan selain hukum yang diturunkan oleh Allah”. (Lihat: Ma’alim fii at-Tariq. Hlm 101)
Menuduh umat ini sebagai: “Termasuk ke dalam kategori masyarakat jahiliyah” samalah seperti mengkafirkan umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang ada sekarang ini. Selanjutnya dia berkata:
“Apabila hal sudah jelas, maka pendirian Islam terhadap masyarakat jahiliyah adalah berkait dengan satu ungkapan iaitu Islam menolak pengakuan seperti itu iaitu pengakuan keIslaman masyarakat ini secara total”. (Lihat: Ma’alim fii at-Tariq. Hlm 101)
Selain itu, beliau (Sayyid Qutub) turut menyatakan,
إنه ليس على وجه الأرض اليوم دولة مسلمة ولا مجتمع مسلم
فقد ارتدت البشرية الى عبادة العباد والى جور الأديان ونكصت عن لااله إلا الله وإن ظل فريق منها يردد على المآذن – لااله الا الله
Inilah bentuk takfir (menghukum orang lain kafir) dan menghukum murtad kepada orang Islam yang di luar kelompoknya. Inilah juga antara ciri-ciri doktrin dan fahaman Khawarij tulin, iaitu mudah mengkafirkan orang yang tidak menerima fahamannya.
Kenyataan Yusuf al-Qaradhawi sendiri telah menjadi saksi dan bukti bahawa Sayyid Qutub melahirkan pemikiran takfirnya (pengkafirannya) terhadap umat Islam sekarang ini kerana ia telah diakui oleh Yusuf al-Qaradhawi dengan fatwanya:
“Pada peringkat pengkafiran ini, yang merupakan kemuncak terakhir dari pengkafiran Sayyid Qutub, ia tercatit di dalam tulisan-tulisannya. Di dalam tulisan-tulisan tersebut terpancar pengkafiran terhadap masyarakat dan perlunya penundaan dakwah untuk beralih kepada undang-undang Islam (
hakimiyah) dan menyerukan jihad melawan seluruh manusia”. (Lihat: Aulawiyyatul Harakah al-Islamiyah, Hlm. 110, Yusuf al-Qaradhawi)
Fatwa Yusuf al-Qaradhawi di atas yang dinukil secara amanah ini, didukung dan dikuatkan lagi dengan kenyataan Ahmad Farid Abdul Khaliq:
“Sayyid Qutub telah memperlekeh Nabi Musa ‘alaihissalam, mencela Khalifah Uthman radiallahu ‘anhu, mencela sahabat, meninggalkan tauhid uluhiyah, berakidah Asy’ariyah dalam mentakwil sifat-sifat Allah, menyebarkan pemikiran takfir dan sebagainya”. (Supaya lebih jelas, rujuklah kepada buku Sayyid Qutub “at-Taswirul Fanni’. Hlm. 163. Atau kitabnya “Kutub wa-Syaksiyat. Hlm. 242)
Di dalam kitab المورد الزلال فى التنبيه على أخطاء الظلال Syeikh Abdullah bin ad-Duwais telah mendedahkan sebanyak 182 (seratus lapan puluh dua) kesalahan termasuk kesalahan dalam bab akidah. Apakah pendukung, pentaqlid buta yang taksub dan mereka yang bersangatan memuja dan memuji Sayyid Qutub dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin boleh memejamkan mata tentang kesalahan yang terlalu banyak ini? Apakah Syeikh Abdullah bin ad-Duwais seorang yang bodoh? Pastinya beliau seorang ulama besar sehingga mampu mendedahkan kesilapan Sayyid Qutub yang sebanyak itu di dalam tafsirnya.
Jangan Mengkafirkan Mereka
Namun para masyeikh (para ulama yang bermanhaj Salaf) tidak pernah mengkafirkan Sayyid Qutub atau sesiapapun dari tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang menjadi sanjungan kelompok mereka sebagaimana dinyatakan oleh Syeikh Hammad al-Ansari:
“Diketika orang ini (Sayyid Qutub rahimahullah) masih hidup maka sewajarnya dia bertaubat, jika tidak bertaubat dia dikenakan hukuman mati kerana telah murtad. Oleh kerana dia telah meninggal maka perlu dijelaskan kepada umat bahawa perkataannya itu batil, namun kita tidak mengkafirkannya kerana kita belum menegakkan hujjah ke atasnya”. (Lihat: al-Awasim Mimma fi Kutubi Sayyid Qutub Minal Qawasim, Hlm. 24, Rabi’ bin Hadi)
Syubhat Dan Bantahan
Terdapat sebahagian pihak dari pendukung pemikiran Sayyid Qutub rahimahullah menyamakan beliau (Sayyid Qutub) dengan kesilapan al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah dalam persoalan takwil asma’ wa sifat. Maka, ini jawabnya:
Berkata al-Ustaz Abdul Hakim Abdat hafizahullah dalam majlis Fathul Bari Syarh Sahih Bukhari ketika menyentuh kesalahan al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam masalah asma’ wa sifat di dalam al-Fath, “Bahawasanya diakui kesalahan mereka ini sebagai kesalahan ijtihadiyah bukan bid’ah, meskipun dari hasil ijtihad mereka mencul bid’ah, kerana beberapa hal, iaitu: 1 – Lingkungan (persekitaran) mereka telah membentuk (mempengaruhi) mereka seperti itu, 2 – mereka tidak mengulang-ulang perbahasan yang salah tersebut dalam kitab-kitabnya dan tidak menulis satu kitab pun yang membahasa tentang masalah yang salah itu, 3 – jasa-jasa mereka belum tergantikan hingga saat ini, dan kitab-kitab mereka menjadi rujukan umat.”
Bila ingin dibandingkan: Sayyid Qutub dengan buku-bukunya selalu mengulang kesalahan yang sama, begitu juga hasan al-Banna selalu menunjukkan tafwidh, sufiyahnya dalam buku-bukunya. Belum lagi mereka tidak memenuhi syarat sebagai seorang mujtahid, lalu bagaimana kita boleh menerima kesalahan mereka sebagai kesalahan. Maka yang demikian ini adalah salah satu bentuk kezaliman. (Rujukan: Menyingkap syubhat dan Kerancuan Ikhwanul Muslimin, Andy Abu Thalib al-Atsary, Terbitan Darul Qolam, m/s. 185-186)
Menurut Sheikh Abu Abdillah Jamal bin Furaihan al-Haritsi:
Jika ada yang bertanya, “Mengapa imam an-Nawawi dan Ibnu Hajar al-Asqalani serta ta’wil mereka yang keliru itu dimaafkan, sedangkan Sayyid Qutub, al-Banna, al-Maududi, dan yang seumpamanya tidak dimaafkan?
Maka, dapat dijawab dari dua segi,
Pertama: Bahawa di antara dua jenis kelompok orang ini ada perbezaan yang besar, kerana imam Nawawi dan Ibnu Hajar memiliki jasa ilmiyah dan bermanfaat bagi umat Islam yang boleh menutupi kesalahan-kesalannya. Dan para ulama telah menjelaskan dan memebri peringatan agar berhati-hati dari kesalahan-kesalahan tersebut, maka bahayanya telah hilang dengan tanbih (peringatan) ini.
Adapun Sayyid Qutub dan Hasan al-Banna, mereka ini tidak memiliki jasa ilmiyah serta amaliyah dan tidak memberi manfaat bagi umat Islam sebagaimana yang dimiliki oleh an-Nawawi, Ibnu Hajar dan imam-imam besar yang lainnya.
Kedua: Bahawa an-Nawawi dan Ibnu Hajar tidak mengajak kepada kesalahan-kesalahannya, dan tidak mengajak untuk tahazzub (bergolong-golongan/firqah), pengkafiran terhadap masyarakat (kaum muslimin), penyatuan shaf di antara Rafidhah, Nasrani, Majusi, dan firqah-firqah sesat dengan kaum muslimin dan kesalahan-kesalahannya (an-Nawawi dan Ibnu Hajar) tidak membahayakan masyarakat, berbeza dengan Sayyid Qutub dan Hasan al-Banna dan selainnya, mereka beranggapan bahawa antara akidah yang rosak bahkan yang kafir dan akidah sahihah (yang benar) yang selamat tidak ada bezanya, serta mereka menganggap bahawa antara seorang Rafidhah, Nasrani, dan lainnya dan seorang muslim itu tidak berbeza, dan mereka ini sungguh memberi mudharat terhadap kaum muslimin bukan memberi maslahat, kerana banyak orang yang ta’asub (fanatik) dengan pendapat-pendapatnya yang menyelisihi al-Kitab dan as-Sunnah dan mereka memerangi ahlu Sunnah, dan ini merupakan bahaya yang paling besar. (Dinukil dari Edisi Terjemahan atas judul: Menepis Manhaj Dakwah II, oleh Sheikh Abu Abdillah Jamal bin Furaihan al-Haritsi, Terbitan Daar as-Salaf, m/s. 37-38)
Fatwa Para Ulama Terhadap Sayyid Quthb
1 – Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nashiruddin al-Albani berfatwa: “Sayyid Qutub tidak mengetahui tentang Islam, baik secara usulnya (ilmu-ilmu dasarnya) atau ilmu-ilmu furu’. Maka saya berterima kasih kepada al-akh (Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali) kerana menunaikan kewajipannya dengan menjelaskan dan menyingkap kejahilan dan penyimpangan (akidah Sayyid Qutub) dari Islam”. (Lihat: Ta’liq (komentar) Syeikh al-Albani terhadap kitab (al-Awasim Mimma fi Kutubi Sayyid Qutu Minal Qawasim) tulisan Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhali)
2 – Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nashiruddin al-Albani berkata berkenaan pendedahan bahaya pemikiran Sayyid Qutub oleh Sheikh Rabi’:
“Semua yang telah diperkatakan tentang Sayyid Qutub (oleh Syeikh Rabi’ di dalam kitabnya) adalah benar dan hak. Dan hal ini membuktikan kepada seluruh pembaca bahawa tidak terdapat pada diri Sayyid Qutub pengetahuan tentang Islam sama ada usul ataupun furu’nya”. (Lihat: Baraatul Ulama Ummah. Hlm. 35)
3 – Syeikh Abdul Aziz bin Bazz rahimahullah menyatakan berkenaan Sayyid Qutub yang mentahrif ayat-ayat istiwa:
“Dan ini adalah batil dan menunjukkan bahawa Sayyid Qutub miskin dalam hal tafsir”. (Lihat: Baraatul Ulama Ummah. Hlm. 30)
3 – Berkata Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr:
“Bahawa Sayyid Qutub bukan termasuk ulama yang dapat dikuti perkataannya dalam masalah-masalah ilmiyah”. (Ucapan yang dirakam pada tanggal 7/11/1414)
4 – Pujian Sheikh Abdul Aziz Bin Baz terhadap Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi al-Madkhali yang banyak mengkaji dan membongkar sekian banyak penyimpangan dalam kepelbagaian firqah dalam dakwah, termasuk pertubuhan Ikhwanul Muslimin:
“Khusus mengenai Sheikh Muhammad Amman al-Jami dan Sheikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali, keduanya adalah Ahlus Sunnah dan aku mengenal keduanya dengan keilmuan mereka, keutamaan mereka serta aqidah yang benar. Dr. Muhammad Amman al-Jami telah meninggal dunia pada malam Khamis tanggal 27 Sya’ban tahun ini (semoga Allah merahmati beliau) namun aku menasihatkan agar tetap mengambil faedah (manfaat) dari kitab-kitab yang ditulis oleh keduanya. Kita memohon kepada Allah agar memberikan taufiq-Nya dan agar Allah mengampuni Sheikh Muhammad Amman dan agar memberikan taufiq kepada seluruh kaum muslimin kepada perkara yang diredhai-Nya dan perkara yang padanya terdapat perbaikan bagi kaum muslimin, sesungguhnya Dia adalah Dzat yang Maha Mendengar lagi Maha dekat.” (Rujukan: Kaset al-As’ilah as-Suwaidiyyah. Rujuk juga: Kaset Tsana’ul Ulama ‘ala asy-Sheikh Rabi’ – tasjilat Minhajus Sunnah)
5 – Diajukan sebuah pertayaan kepada Sheikh al-Albani dalam sebuah kaset yang berjudul Liqa’ Abil Hasan al-Ma’ribi ma’a al-Albani, yang berbunyi: “Meskipun telah diketahui sikap dua orang sheikh yang mulia, iaitu Sheikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali dan Sheik Muqbil bin Hadi al-Wad’i dalam memerangi kebid’ahan dan pendapat-pendapat yang menyimpang, ada sebahagian kalangan pemuda yang meragukan bahawa keduanya berada di atas garis salaf.”
Maka beliau rahimahullah menjawab: “Alhamdulillah kami merasa yakin bahawasanya para da’i di pelbagai negeri Islam yang mereka menegakkan kewajiban fardhu kifayah (ini), yang mana sedikit orang yang bersedia menunaikannya di masa-masa sekarang, mereka akan dicemuh kerana mereka berdakwah dengan dakwah yang benar yang tegak di atas al-Kitab dan as-Sunnah di atas manhaj salafus soleh ini. Maka penghinaan atas diri dua orang sheikh ini, iaitu Sheikh Rabi’ dan Sheikh Muqbil, dua orang da’i kepada Kitabullah dan Sunnah di atas pemahaman salafus soleh, atau pernyataan perang dari orang-orang yang menyelisihi manhaj yang benar ini, sebagaimana inilah yang nampak oleh semua orang, celaan kepada mereka ini hanya bersumber dari salah satu di antara dua kemungkinan orang: boleh jadi dia seorang yang jahil/bodoh dan boleh jadi dia adalah pengikut hawa nafsu.”
Sheikh al-Albani juga menyatakan bahawa: “Sesungguhnya pembawa bendera jarh wat Ta’dil zaman ini adalah saudara kami Dr. Rabi’, sedangkan orang-orang yang membantah beliau sama sekali tidak berada di atas ilmu selamanya, sementara ilmu ada pada beliau. (Rujukan: Kaset al-Muwazanat Bid’atul ‘Ashr li al-Albani)
6 – Fatwa al-Allamah Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah:
Sayyid Qutub berkata dalam bukunya “Kutub wa Syakhiyah”, halaman 242, tentang Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amr bin al-Ash r.a., “Sesungguhnya Muawiyah dan sahabatnya Amr r.a. tidaklah mengalahkan Ali r.a. kerana keduanya lebih mengetahui tentang kedalaman jiwa dan lebih berpengalaman dalam bertindak dengan tindakan yang bermanfaat dalam siatuasi-situasi yang tepat, akan tetapi kerana mereka berdua juga lebih tangkas dalam mempergunakan pelbagai pedang sedang Ali terikat pada akhlaknya dalam memilih sarana untuk berkelahi.
Dan ketika Muawiyah dan sahabatnya itu condong melakukan kebohongan, tipu daya, kecurangan, penipuan, kemunafikan, penyuapan, dan membeli segala perlindungan, dan Ali r.a. tidak mampu untuk mengikuti hingga ke tindakan yang paling hina tersebut, maka tidaklah hairan kalau mereka berdua berhasil dan Ali gagal, dan sungguh kegagalan tersebut adalah lebih mulia dari segala keberhasilan.”
Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata ketika beliau ditanya perkataan tersebut dan dibacakan kepadanya, “Perkataan yang buruk, ini merupakan perkataan yang buruk, merupakan penghinaan terhadap Muawiyah dan penghinaan terhadap Amr bin Ash, semua itu adalah perkataan yang buruk dan mungkar.
Muawiyah dan Amr serta orang-orang yang ebrsama mereka berdua adalah dalam posisi berijtihad, dan yang berakhir tidak tepat, seangkan para mujtahid apabila tidak tepat maka semoga Allah s.w.t. memaafkan kita dan mereka.”
Seorang penanya berkata, “Perkataannya, “sesungguhnya dalam diri mereka berdua ada kemunafikan”, bukankah perkataan seperti ini merupakan tindakan mengkafirkan?”
Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata, “Ini adalah salah dan keliru namun tidak menjadi kafir, kerana sesungguhnya pencelaannya terhadap beberapa sahabat r.a. atau salah satu sahabat r.a. adalah suatu kemungkaran dan kefasikan yang harus diberi hukuman (kita memohon kepada Allah s.w.t. keselamatan) akan tetapi bila ia mencela sebahagian besar atau memfasikkan mereka maka ia keluar dari Islam kerana mereka adalah pembawa syari’at ini, dan bila mereka dicela ertinya adalah suatu celaan terhadap syari’at.”
Penanya berkata, “Tidakkah dilarang saja buku-buku yang ada di dalamnya perkataan seperti itu?”
Yang mulia Sheikh Abdul Aziz bin Baz berkata, “Bahkan lebih baik ia dirobek (dikoyak).”
Kemudian beliau berkata kembali, “Apakah ini ada dalam surat khabar?”
Penanya berkata, “Dalam sebuah buku (semoga Allah s.w.t. membalas kebaikan kepada sheikh).”
Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata, “Karangan siapa?” Penanya berkata, “Karangan Sayyid Qutub.” Sheikh Abdul Aziz berkata, “Ini adalah perkataan yang buruk.” Penanya berkata, “Dalam buku berjudul Kutub wa Sykhshiyyat.” (Rujukan: Syarh Riyadhus Sholihin karangan Sheikh yang mulia, hari Ahad, 18/7/1416H). Rujuk: (فتاوى العلماء الكبارفي الإرهاب والتدمير وضوابط الجهاد والتكفير, telah diterjemahkan atas tajuk: Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Kaum Muslimin, disusun oleh Abul Asybal Ahmad bin Salim al-Mishri, Terbitan Darul Haq)
7 – Sheikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin rahimahullah ketika ditanya berkenaan Sayyid Qutub, beliau menjawab:
“Pengamatan saya terhadap buku-buku Sayyid Qutub adalah sangat sedikit sekali dan saya tidak mengetahui keadaan orang tersebut, akan tetapi para ulama telah menulis tentangnya yang bersangkutan dengan karangannya dalam Tafsir “Fi Dzilalil Qur’an”, mereka menulis tanggapan-tanggapan atasnya, seperti yang ditulis oleh Sheikh Abdullah ad-Duwaisy rahimahullah, dan saudara kita Sheikh Rabi’ al-Madkhali juga menulis tanggapan-tanggapan atasnya, atas Sayyid Qutub dalam Tafsirnya ataupun dalam buku lainnya, maka barangsiapa yang suka untuk menelaahnya maka baik untuk ditelaah.” (Rujukan: Kaset “al-Liqa’ al-Maftuh ats-Tsami Baina Sheikh al-Utsaimin dan al-Madkhali di Jeddah”, kemudian ditandatangani oleh Sheikh Muhammad dengan tanggal 24/2/1421H). Rujuk: (فتاوى العلماء الكبارفي الإرهاب والتدمير وضوابط الجهاد والتكفير, telah diterjemahkan atas tajuk: Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Kaum Muslimin, disusun oleh Abul Asybal Ahmad bin Salim al-Mishri, Terbitan Darul Haq)
8 – Sheikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan. Sheikh al-Allamah Soleh al-Fauzan ditanya berkenaan buku “Fi Dzilalil Qur’an”.
Beliau berkata, “Masalah membaca buku azh Zhilal masih diperdebatkan kerana azh-Zhilal mengandungi perkara-perkara yang masih perlu diperdebatkan, dan bahawasanya kita membuat para pemuda tergantung dengan buku tersebut dan agar mereka mengambil pemikiran yang padanya terdapat perkara yang perlu diperdebatkan, dan ini kemungkinan memiliki akibat yang buruk terhadap pemikiran para pemuda. Ada tafsir Ibnu Katsir dan tafsir-tafsir ulama salaf lainnya yang banyak sekali jumlahnya yang sudah lebih dari cukup daripada tafsir seperti (fi zhilalil Qur’an) ini.
Pada hakikatnya kitab tersebut bukanlah kitab tafsir namun hanya sebuah buku yang membahas erti secara umum dari setiap surah atau al-Qur’an secara umum. Maka buku itu bukanlah tafsir dengan makna yang difahami oleh para ulama terdahulu dari masa yang lalu iaitu bahawasanya tafsir adalah penjelasan akan makna al-Qur’an dengan riwayat-riwayat yang ada, dan penjelasan tentang segala apa yang tersembunyi di baliknya sama ada dari segi bahasanya mahupun keindahannya, dan segala yang terkandung di dalamnya dari hukum-hukum syari’at. Dan sebelum itu semua, penjelasan yang dimaksud Allah s.w.t. dari ayat-ayat dan surah-surah yang ada.
Sedangkan buku fi zhilalil Qur’an adalah sebuah buku tafsiran yang umum yang mungkin kita dapat menamakannya dengan buku tafsir yang ebrsifat tematik iaitu di antara tafsiran yang bersifat tematik yang kita kenal zaman sekarang ini, akan tetapi tafsir tersebut tidak dapat dijadikan sandaran kerana bercampur dengan pelbagai perkara sufiyah dan rangkaian-rangkaian kata yang tidak sewajarnya dalam kitabullah seperti mensifati al-Qur’an dengan muzik dan nada-nada dan juga penulisnya tidak prihatin terhadap tauhid ibadah, sedang hal yang sangat mengambil perhatiannya adalah tauhid rububiyah, dan bila ia sebutkan berkenaan tauhid uluhiyah maka ia memusatkan pada tauhid hakimiyah (perundangan), dan al-hakimiyah tidak diragukan merupakan sebahagian dari tauhid uluhiyah akan tetapi ia bukanlah satu-satunya tauhid uluhiyah yang diinginkan (dan ia mentakwilkan sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara orang-orang yang sesat).
Buku ini tidak boleh dijadikan sedarjat/setaraf dengan ibnu Katsir dan kitab-kitab lainnya.
Inilah pendapat saya, dan sekiranya mengambil dari kitab-kitab salaf (kitab terdahulu), dan kitab-kitab yang berbicara tentang aqidah, tafsir al-Qur’an dan hukum-hukum syari’at, maka pastilah lebih sesuai bagi para pemuda tersebut.” (Rujukan: Kaset “Majmu’ ma qalahu Ibnu Baz haula nashihatihi al-ammah”, pertemuan dengan yang mulia sheikh, Makkah al-Mukarramah, 9/8/1412H, yang kemudiannya diteliti kembali oleh Sheikh). Rujuk: (فتاوى العلماء الكبارفي الإرهاب والتدمير وضوابط الجهاد والتكفير, telah diterjemahkan atas tajuk: Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Kaum Muslimin, disusun oleh Abul Asybal Ahmad bin Salim al-Mishri, Terbitan Darul Haq)
Penutup
Tulisan yang telah anda baca ini hanya mendedahkan sebahagian kecil dari sekian banyak fakta-fakta yang menunjukkan penyimpangan Sayyid Qutub (semoga Allah mengampuninya) dalam perjuangannya terhadap Islam. Untuk lebih jelas lagi, anda boleh merujuk sendiri buku-buku karangan ulama yang membahas dan mengkaji secara khusus berkenaan Pemikiran Sayyid Qutub ini dan sekaligus pemikiran/manhaj Ikhwanul Muslimin bersama para tokoh-tokohnya yang lain.
Antara Kitab-kita tersebut adalah sebagaimana berikut:
1 – الزلال فى التنبيه على أخطاء الظلال , oleh Syeikh Abdullah bin ad-Duwais.
2 – القرضاوي في الميزان, Syeikh Sulaiman bin Soleh al-Khurasyi.
3 – المورد العذب الزلال فيما اتتقد على المناهج الدعوية من العقائد والاعمال , Syeikh Ahmad Yahya an-Najmi.
4 – القطبية هي الفتنة فاعرفوها , oleh Sheikh Abi Ibrahim bin Sultan al-Adnani
5 – حقيقة الدعوة الى الله , oleh Syeikh Saad bin Abdulrahman al-Husin
6 – دعوة الاخوان المسلمين فى ميوان الاسلام , oleh Farid bin Ahmad bin Mansur.
7 – رفع اللثام عن مخالفة القرضاوي لشرعة الاسلام , oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Mansur al-Udaini.
8 – فكرة التكفير قديما وحديثا وتبرئة اتباع مذهب السلف من الغلو والفكر المنحرف , oleh Syeikh Abdussalam bin Salim bin Raja’ as-Suhaimi.
9 – الرحمن عبد الخالق , oleh Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali telah disemak dan ditaqdim oleh Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan al-Fauzan, seorang Anggota Kibarul Ulama dan Anggota Lajnah Badan Fatwa Saudi Arabia.
10 – Sebuah Tinjauan Syari’at, Mereka Adalah Teroris!, oleh al-Ustaz Luqman bin Muhammad Ba’aduh, Terbitan Pustaka Qaulan Sadida. (Indonesia)
11 – Menyingkap Syubhat dan Kerancuan Ikhwanul Muslimin, oleh Andy Abu Thalib al-Atsary, Terbitan Darul Qolam. (Indonesia)
12 – فتاوى العلماء الكبارفي الإرهاب والتدمير وضوابط الجهاد والتكفير , (telah diterjemahkan atas tajuk: Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Kaum Muslimin, disusun oleh Abul Asybal Ahmad bin Salim al-Mishri, Cetakan Darul Haq) – Membukukan fatwa-fatwa dari ulama seperti Sheikh Abdul Aziz bin Baz, sheikh al-Albani, Sheikh al-Utsaimin, Sheikh Dr. Soleh Fauzan, dan lain-lain.
13 – مطاعن سيد قطب في اصحاب رسول الله , oleh Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi al-Madkhali. Telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia, dengan tajuk: Sayyid Quthb Cela Sahabat Nabi?, Terbitan Darul Falah.
14 – Kekeliruan Pemikiran Sayyid Qutub, oleh Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi al-Madkhali, Terbitan Darul Falah. (Merupakan Terjemahan Dari Kitab Asal ke Bahasa Indonesia).
1 Comment
hoi semua orang you cela trus you sendiri kayak apa sih…….
kayak malikat yach…..????
pantesan deh loe bukan malaikat jadi cuma bisa komen ja…..
malu kawan you cuma bisa mencaci kawan sendiri sesama muslim tapi loe sendiri…??????
tau gak orang kafir itu udah pada merajalela tapi you apa yang you lakukan untuk dien ini…??? jawab yach….!!!apa yang engkau berikan untuk umat ini bro…?/?? cuma bisa mencaci bukan>>>>>////????
kayak dewan juri loe itu kalo loe disuruh berbuat yang lebih bermanfaat kagak bisa kan???? JANGAN BELAGU LOE…BELAGU PINTER TAPI…..gue gak katakan loe bodoh tapi loe pinter but keblingaer tau loe…..???
bisa mencaci tapi gak bisa berbuat/…sama aja loe bisa makan tapi gak bisa masak…..